Jumaat, 17 April 2015

Sejarah KLZ

Sejarah Kesenian Langkah Zafana





Kesenian Langkah Zafana merupakan satu kumpulan tarian yang ditubuhkan untuk memartabatkan seni tarian zapin khususnya dan joget am nya. Kesenian ini di tubuhkan pada awal februari 2015 oleh dua orang sahabat yang cintakan akan dunia seni tarian. 

Idea pertubuhan kesenian ini tercetus apabila dua orang sahabat ini duduk semeja sambil minum kopi dan secara tidak sengaja terpacul idea untuk melaksanakan kelas tarian ini. Maka tanpa berfikir panjang kertas kerja disediakan dan tugasan diberi. Tugasan pertama adalah penyediaan 'flyer' untuk mencari pelajar tetap bagi kesenian ini.

ini adalah flyer asal 

Jika dilihat pada 'flyer' asal tersebut dapat dilihat nama asal kesenian ini adalah Gambus Warisan. Pertukaran nama kesenian dilakukan atas persetujuan dua sahabat tersebut kerana merasakan nama Gambus Warisan itu kurang sesuai dengan aktiviti tarian yang hendak dilakukan tersebut. Apabila persetujuan dicapai maka Kesenian Langkah Zafana dipilih.

Berbalik semula pada rangkuman cerita sejarah kesenian ini, 4000 keping 'flyer' telah dicetak dan diedarkan. Selama 2 minggu proses pengedaran 'flyer' diadakan dan ianya berjalan dengan lancar. Tidak cukup dengan mengedarkan 'flyer' kepada orang ramai, pihak kesenian juga membuat iklan di laman sosial seperti di facebook.

iklan melalui laman sesawang facebook

Alhamdulillah semua proses pengiklanan juga berjalan lancar.
Pada 14 Februari 2015, sesi ujibakat pencarian penari kesenian telah diadakan. Selama 4 jam proses ujibakat diadakan akhirnya pihak kesenian berpuas hati apabila 28 orang peserta terpilih untuk menyertai sekaligus menjadi pelajar di Kesenian Langkah Zafana.

























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan