Jumaat, 17 April 2015

Latihan Mingguan

Suasana Latihan di Kesenian


Latihan Minggu 1 - Minggu 7


























Info Inang

Tarian Inang



Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.
Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian.
Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana.
Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina.
Kini tarian Mak Inang yang juga dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan

Info Zapin

Tarian Zapin


  

Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan tidak banyak gerakan bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan (50an) dan enam puluhan (60an). Tarian Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Secara realitinya, kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.
Di JohorMalaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.
Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambusrebanagendang,rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Info Joget

TARIAN JOGET

                                               

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian Joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Tarian ini biasa dipersempahkan ketika upacara Mandi Safar. Suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka.
Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi. Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang mengambil nama daripada perkataan “wrong gang” kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.
Dalam tarian joget, gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan tangan. Tempo tarian joget yang sederhana ialah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas. Tarian Joget ditarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua, muda, lelaki dan wanita secara berpasangan. Orang yang sedang menari dikatakan berjoget atau bertandak sementara pengiring tarian dikatakan pencak joget.
Dalam pesta-pesta keramaian, penari lelaki berjoget akan mengembing atau mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya tetapi dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan.
Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping. Sementara pakaian wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga di atas kepalanya. Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.
Kumpulan C


KAREOGRAFER

CIKGU ZELA

SKOP : BENGKEL ASAS TARI ( KELAS CILIK )

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


0022 - NUR AMNI NAFEESA BINTI HAIRUL NIZAM



0023 - PUTERI AUNI SAFIAH BINTI MUSTAFFAH KAMAL



0022 - PUTERI ALIA NATASHA BINTI MUSTAFFAH KAMAL



0032 - NUR FARISHA HAZIQAH BINTI RIZALMAN



0029 - NUR FATIHAH BALQIS BINTI MOHAMAD ZEIDI



0012 - NURFELISA SEFIA BINTI MUHD RIZUAN



0038 - NUR NADIA ZULAIKHA BINTI KAMARULZAMAN

Kumpulan B



KAREOGRAFER

CIKGU SHAH

SKOP : JOGET MODEN / TRADISIONAL


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


0014 - NURUL AFIFAH BINTI ARMAND SAM



0036 - NORAIN SYAHIERA BINTI MD RIZM



0021 - NUR AINA NADHIRAH BINTI HAIRUL NIZAM



0018 - NUR ALEEYA ALYSSA BINTI ABDULLAH



0035 - NORFARAH SHAHIRA BINTI MAZLAN



0034 - NUR IRDINA BINTI ABDUL SUKOR



0027 - SITI NADIAH SYAHIRA BINTI MOHD ZAMANI



0017 - NUR ALIA NATASHA BINTI YAHAYA



0039 - NURHIKMAH SAYANGNA BINTI MOHD KHAIDIR



0003 - NUR SHAKILLA BINTI IKMAL HAZANI



0028 - NURUL YUSRINA BINTI SUFFIAN



0041 - NURUL ALYA NATASHA BINTI MAHMUD



0002 - NURUL AINI FADILAH BINTI MASUDI



0040 - NUR FATHIHAH BINTI AZMAN



0020 - ISMA NUR HAMIRAH BINTI HAIRWAN



Kumpulan A





KAREOGRAFER

CIKGU HYRULL

SKOP : ZAPIN

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


0030 - MUHAMMAD ADAM HAIKAL BIN ABDULLAH



0038 - MUHAMMAD AIDIL HAKIM BIN MOHD IZAM




0001 - EFFA YUSMAINIE BINTI YUSMI




0016 - NUR IRDINA SAFFIYA BINTI KAMARULZAMAN



0033 - NUR IYLIAH SYAFIAH BINTI MOHD NOOR HASSIM



0013 - NURUL IZZAH SYAZWANI BINTI MUHAMMAD ZULKFLY



0019 - MUHAMMAD LUQMAN HAQEM BIN KHAIRUL ADZRIEN RAHIMAN



0009 - SYED MUHAMMAD SYAHIR BIN SYED ZAINAL ABIDIN





Sejarah KLZ

Sejarah Kesenian Langkah Zafana





Kesenian Langkah Zafana merupakan satu kumpulan tarian yang ditubuhkan untuk memartabatkan seni tarian zapin khususnya dan joget am nya. Kesenian ini di tubuhkan pada awal februari 2015 oleh dua orang sahabat yang cintakan akan dunia seni tarian. 

Idea pertubuhan kesenian ini tercetus apabila dua orang sahabat ini duduk semeja sambil minum kopi dan secara tidak sengaja terpacul idea untuk melaksanakan kelas tarian ini. Maka tanpa berfikir panjang kertas kerja disediakan dan tugasan diberi. Tugasan pertama adalah penyediaan 'flyer' untuk mencari pelajar tetap bagi kesenian ini.

ini adalah flyer asal 

Jika dilihat pada 'flyer' asal tersebut dapat dilihat nama asal kesenian ini adalah Gambus Warisan. Pertukaran nama kesenian dilakukan atas persetujuan dua sahabat tersebut kerana merasakan nama Gambus Warisan itu kurang sesuai dengan aktiviti tarian yang hendak dilakukan tersebut. Apabila persetujuan dicapai maka Kesenian Langkah Zafana dipilih.

Berbalik semula pada rangkuman cerita sejarah kesenian ini, 4000 keping 'flyer' telah dicetak dan diedarkan. Selama 2 minggu proses pengedaran 'flyer' diadakan dan ianya berjalan dengan lancar. Tidak cukup dengan mengedarkan 'flyer' kepada orang ramai, pihak kesenian juga membuat iklan di laman sosial seperti di facebook.

iklan melalui laman sesawang facebook

Alhamdulillah semua proses pengiklanan juga berjalan lancar.
Pada 14 Februari 2015, sesi ujibakat pencarian penari kesenian telah diadakan. Selama 4 jam proses ujibakat diadakan akhirnya pihak kesenian berpuas hati apabila 28 orang peserta terpilih untuk menyertai sekaligus menjadi pelajar di Kesenian Langkah Zafana.